Sunday, 20 July 2014

GADIS CANTIK SUSAH,TAK CANTIK PUN SUSAH!

Kalau melihat gadis cantik berjalan, pasti kita tak terlepas pandang untuk menoleh sedikit, terutama kaum lelaki, untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan. Itu perkara biasa.
Jika disoal maksud cantik, sukar untuk didefinisikan kerana ia subjektif dan boleh dinilai daripada banyak faktor seperti perwatakan atau mungkin faktor X yang terdapat dalam diri individu terbabit. Oleh itu, ia membolehkan masyarakat melihat kecantikan menerusi pandangan yang berbeza.
Emma maembong terbaru
Emma maembong terbaru

Cantik yang ingin dibincangkan di sini lebih kepada kecantikan fizikal yang boleh dilihat melalui pandangan mata. Berwajah menarik persis selebriti atau mempunyai darah kacukan pasti membuatkan seseorang wanita itu menjadi perhatian ramai. Tak kisahlah sama ada di sekolah, kuliah, bahkan tempat kerja sekali pun akan ada mata yang memerhati.
Tapi tahukah anda, individu yang tergolong dalam kategori cantik mempunyai tekanan tersendiri dalam kehidupan seharian apatah lagi sekiranya kecantikan itu dimanipulasi oleh orang sekeliling. Orang sering berkata, ‘senang hidup kalau jadi wanita cantik’ namun hakikatnya banyak yang perlu diharungi mereka.
Terperangkap.
Mengimbas semula seawal zaman persekolahan hinggalah ke alam pekerjaan, gadis dengan rupa paras menarik sering menjadi tumpuan ramai. Contoh yang paling jelas apabila golongan ini akan dipilih untuk menjadi penyambut tetamu ketika aktiviti sekolah, pembawa sepanduk ketika hari sukan dan sebagainya.
Situasi ini diakui beberapa gadis yang sudi berkongsi pengalaman dengan penulis. Mereka berpendapat, bukan setakat itu saja cabarannya malah ia terpaksa ditempuhi hingga ke alam pekerjaan. Menjadi pengiring orang kenamaan dan VIP pada majlis anjuran syarikat adalah perkara biasa. Lebih tertekan apabila individu yang sama akan diberi peranan terbabit setiap kali berlangsungnya aktiviti atau acara syarikat.
Harapkan muka saja cantik.
Neelofa terkini
Neelofa terkini
Rata-rata masyarakat menganggap perempuan lawa atau perempuan yang perasan lawa akan mempunyai sifat dalaman kurang menarik kerana apabila mendapat gelaran cantik tentulah egonya tinggi. Dengan rupa paras lebih menarik berbanding gadis kebanyakan, sifat ego ini membawa kepada kesombongan dan kebodohan sekali gus mereka dianggap bongkak hingga menutupi kecantikan fizikal.
Begitupun, ia hanyalah tanggapan. Jika diperhatikan, ramai juga gadis cantik berjaya dalam hidup malah ia dianggap pakej kerana kelebihan intelektual digandingkan dengan rupa paras yang manis menjadikan mereka dipandang tinggi. Sebagai contoh, pemain tenis antarabangsa Maria Sharapova berjaya mengubah pandangan masyarakat dengan kegemilangan dikecapinya. Bukan hanya pandai memegang raket tenis tetapi dia juga bergaya apabila menjadi model produk terkemuka dunia.
Selain itu, golongan ini juga dipandang sinis terutama dari segi perhubungan. Ada yang menganggap, jejaka yang mempunyai teman wanita cantik hanya menjadikan mereka sebagai barang perhiasan untuk ditayang kepada rakan.
Bangga mempunyai ‘awek’ cantik tapi ‘isi dalam’ kosong. Itu antara sebahagian tanggapan negatif diberikan kepada wanita cantik selain daripada pujian menggunung yang sudah lali didengari mereka setiap hari.
Penyebab lelaki tertekan.
Gambar nelydia senrose terbaru
Gambar nelydia senrose terbaru
Isu mengenai wanita cantik menjadi perhatian dunia bahkan ada kajian dilakukan mengenainya. Satu kaji selidik dilakukan di Sepanyol mendapati lelaki berdampingan dengan wanita cantik yang tidak dikenali menjadi satu cabaran kepada mereka.
Para penyelidik mendapati jika si jejaka itu berkongsi ruang dengan wanita cantik walaupun hanya lima minit ia boleh menyebabkannya rasa tertekan. Tekanan ini bertambah jika lelaki merasakan mereka tidak berada dalam liga yang sama (setaraf) dengan wanita terbabit.
Hasil kajian turut menjelaskan, jumlah adrenalin yang dilepaskan oleh lelaki semasa berbual dengan wanita cantik sama tingginya dengan seseorang yang akan melakukan terjunan payung terjun. Bayangkan debaran yang perlu ditanggung dalam keadaan begitu.
Stres ini bertambah parah jika lelaki ini hidup bersama si cantik. Antara kesannya kepada kesihatan ialah myopathy, adult-onset diabetes, tekanan darah tinggi dan lemah tenaga batin.
Banyak belanja.
Tanggapan banyak belanja atau ‘high maintenance’ ini boleh dikatakan sinonim kerana ia kenyataan biasa yang dikeluarkan oleh masyarakat kita. Gadis cantik akan cenderung untuk lebih bergaya, ikut perkembangan terkini dengan baju berciri moden, beg tangan berjenama dan mahal. Secara tidak langsung ia akan mencipta persepsi bahawa golongan ini mengutamakan barangan mahal kerana dilihat sepadan dengan rupa paras mereka.
Hakikatnya, ramai wanita jelita yang hidup sederhana. Mungkin apa yang dipakai nampak berjenama kerana aura kecantikan ­mereka mengaburi pandangan sekali gus menjadikan ia tampak mahal.
Menjadi wanita perlu kelihatan sempurna, tak kisah anda dalam kategori jelita atau hitam manis. Dari penjagaan kuku hingga ke hujung rambut perlu diutamakan. Namun perkara ini lebih mudah tertumpu kepada wanita jelita hingga menyebabkan mereka dilihat ‘high maintenan­ce’.
Walau apa juga tanggapan diberikan, gadis jelita tetap mempunyai tarikannya. Kelebihan dan aura yang ada mungkin membuatkan anda dicemburui ramai tetapi beruntunglah jika anda dikategorikan sebagai wanita cantik kerana ia umpama anugerah tambahan diberikan Pencipta.sumber-kakdisebalikpintu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment