Wednesday, 16 July 2014

10 SYARAT WAJIB UNTUK MENYERTAI BRIGET AL-QASSAM



SUKAR untuk ditakrifkan sama ada Hamas dan Al-Qassam mempunyai cukup kekuatan untuk melawan rejim Zionis dalam mempertahankan bumi Gaza. Tetapi kekuatan kumpulan pejuang ini tidak boleh dipandang ringan oleh kuasa luar terutama Amerika Syarikat mahupun Rusia.

Anggota Hamas dan Fatah

Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah (Hamas) dibentuk secara rasmi pada Disember 1987 iaitu ketika kemuncak Intifada Pertama yangt berlaku selama 10 tahun.

Ada sumber mengatakan, idea penubuhannya pernah tercetus sekitar 1973 iaitu lanjutan kelahiran pejuang gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Ketika itu dikatakan ribuan mujahid sedang menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang ketika itu cuma merampas tanah Palestin pada 1948. Susulan dari itu, Ikhwanul menubuhkan cawangan barunya di Palestin sekali gus lahirlah HaAmas.

Ketua Hamas pertama pada 1987 ialah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya syahid pada 22 Mac 2004. Ia kemudiannya digantikan DrAbdul Aziz Ar-Rantisi.

Beliau bagaimanapun hanya sempat berkhidmat selama sebulan apabila dibedil oleh helikopter Apache Israel pada 18 April 2004.
Jawatan itu kini dipimpin oleh Sheikh Khalid Mish’al dan Sami Abu Zuhri.

Sepanjang perjuangan menentang Israel, Hamas juga berhadapan dengan parti kebangsaan Palestin iaitu Fatah pimpinan Mahmoud Abbas. Fatah adalah lanjutan dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yaser Arafat.

Terdapat sumber menyatakan Fatah mendapat perlindungan dari Israel dan Amerika Syarikat. Namun, sejauh mana dakwaan itu, tiada siapa yang tahu.

Briged Al-Qassam

Al-Qassam adalah sayap ketenteraan Hamas terdiri daripada pejuang berhati waja. Mereka sentiasa bersedia menghadapi Zionis pada bila-bila masa. Bagi menyertai kumpulan ini, seseorang haruslah mempunyai ciri-ciri seperti;

1.Mendapat izin dari ibu bapa untuk syahid.
2.Mendapat izin dari ketua masjid di tempat tinggalnya dengan pengesahan individu itu tidak meninggalkan solat subuh berjemaah selama tiga bulan.
3.Tidak melakukan maksiat atau menghisap rokok.
4.Wajib mempelajari tafsir al-Quran.
5.Wajib membaca al-Quran satu juzuk sehari.
6.Wajib menghafaz 40 hadis Arba’in (Imam Nawawi).
7.Puasa sunat dan bertahajud.
8.Tahap kecerdasan tinggi.
9.Kerap hadir di majlis pengajian ilmu.
10.Mengamalkan zikir harian.

No comments:

Post a Comment