Wednesday 16 July 2014

Kisah Felixia Yeap dari imej seksi kepada berhijab

Kisah Felixia Yeap dari imej seksi kepada berhijab - Personaliti Felixia Yeap yang dulunya terkenal dengan imej seksi sebagai model majalah Playboy edisi Filipina mencetuskan kontroversi apabila tampil dengan imej baru yang bertudung labuh dan berbaju kurung.

Susulan itu, jumlah pengikutnya di Facebook jatuh merudum manakala imej barunya dikritik hebat oleh peminat kerana mereka menganggap gadis berusia 27 tahun itu sengaja mahu meraih publisiti meluas di kalangan orang muslim seluruh malaysia.

Bagi admin, meskipun tidak mengenali Felixia Yeap namun turut sama terkejut. Tidak semudah itu untuk berubah secara mendadak seperti yang dilakukannya. Sedangkan Lana Nordin sendiri pun tidak mampu berubah secara mendadak, inikan dia.






Memang kagum sangat dengan beliau. Buat saja carian di engin google, pasti korang akan jumpa gambar-gambar seksi Felixia Yeap yang amat menggoda dan mengghairahkan namun itu dulu. Kini penampilannya sangat berbeza.

Baru-baru ini, Felixia sempat ditemubual oleh seorang wartawan Utusanberhubung kisah di sebalik perubahan imejnya dan bagaiman penerimaan orang ramai terhadap imej baru itu.

"Memang ramai yang mengatakan bahawa ini semua cara saya meraih publisiti. Tetapi biarlah Tuhan dan masa yang membuktikan bahawa saya ikhlas untuk berhijab."

"Semua publisiti yang timbul sama ada baik atau buruk hanyalah bonus yang tidak pernah saya duga sama sekali dan berharap mereka tidak memandang serong terhadap perubahan ini."

"Malah ramai yang menghantar mesej dan e-mel kepada saya berterima kasih kerana berani untuk berubah dan berhijab secara terbuka walaupun saya bukan Muslim."

"Mereka kata perubahan saya memberi inspirasi untuk mereka mulai berhijab, terutamanya yang lahirnya sudah Islam."




Walaupun pada awalnya, jumlah pengikut Felixia Yeap menurun secara mendadak namun tidak lama selepas itu, jumlah tersebut kembali meningkat selepas mendapat sokongan kuat dan ikhlas dari rakan muslim lain yang mahukannya terus menutup aurat dan berhijab.

"Saya amat tersentuh dan gembira sokongan tersebut. Mereka juga telah menyedarkan saya bahawa bahawa setiap wanita berhak dihormati dan disayangi sebagai seorang insan, bukan kerana tubuh badan atau rupa parasnya."

No comments:

Post a Comment