Sunday 20 July 2014

NGERI! 2 GAMBAR BUDAK 7 TAHUN DI LANGGAR BAS DI JOHOR

Seorang kanak-kanakperempuan berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar bas sekolah mini yang dinaikinya di Jalan Seroja, Taman Plentong di sini, petang tadi.
BALQIS MAUT DILANGGAR BAS

Dalam kejadian jam 1.10 petang itu, mangsa Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad yang juga murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Permas Jaya 2 di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika pemandu bas itu berhenti di bahu jalan untuk menurunkan mangsa dan penumpang lain.
BUDAK MAUT DILANGGAR BAS
Menurutnya, bas itu kemudiannya bergerak ke depan sebelum pemandunya terdengar jeritan mangsa dan mendapati Nor Balqis terbaring di sebelah kanan di belakang mini itu.
“Mangsa yang parah di kepala dan badannya dikejarkan ke unit kecemasan HSI namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat,” katanya.sumber

No comments:

Post a Comment