دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها ڤڽايڠ
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah dapat lagi pada hari ini kita bertemu dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya ini.
Baiklah, sebenarnya tujuan penulisan entri saya pada hari ini adalah untuk berkongsi sedikit kata-kata ataupun kaedah untuk membuang perasaan dendam dalam diri kita. Semua telah sedia maklum yang setiap insan yang normal mempunyai perasaan yang sentiasa berbolak-balik. Perasaan yang sentiasa menuntun diri kita ke arah sesuatu yang tidak pasti baik buruknya. Oleh itu, perasaan hendaklah disertakan sekali dengan fikiran yang waras agar dapat mengelakkan kita dari terjerumus ke arah perlakuan yang negatif.
Perasaan yang dihasilkan oleh nafsu biasanya akan berkesudahan dengan sesuatu yang tidak baik. Namun, adanya iman dalam diri akan dapat menepis segala perasaan negatif itu. Benarlah dengan pepatah orang dulu-dulu yang mengatakan;
Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama mebina hidup yang bebas dari perasaan yang negatif. Dendam jugak merupakan sesuatu yang amat tidak baik untuk kesihatan dalaman kita. Lama-kelamaan akan memakan diri sendiri.
Kita biasanya mudah terpegaruh dengan perasaan yang memang sentiasa untuk mencari penyelasaian pabila berlakunya masalah. Namun pinpinlah peraasaan kita itu dengan fikiran yang matang dan waras.
Orang kita kebiasaan apabila berlaku sesuatu konflik dengan seseorang amat mudah tersentuh danmenyimpan perasaan dendam. Padahal apa yang berlaku adalah benda yang simple dan tidak perlu diperbesar-besarkan. Masalah dengan kawan contohnya, terus pututs kawan dan tidak bertegur sapa. Padahal banyak kenangan manis telah dilalui bersama. Namun disebabkan tragedi sekecil itu mampu merunthkan persahabatan yang sudah lama terjalin.
Oleh itu, rendah hati saya ingin berkongsi sedikit kata-kata untuk mengelakkan tercetusnya perasaan yang tidak elok ini.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Lupa sengala kebaikan kita pada orang,
Ingat segala keburukan kita pada orang
Lupakan segala keburukan orang pada kita
Ingat segala kebaikan orang pada kita.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Semoga dengan merenung kata-kata di atas dapat menjadikan kita insan yang mengenang budi dan tidak mudah mengikut perasaan. Hidup ini adalah sementara, oleh itu persiapkanlah segala amalan kita untuk ke sana.
No comments:
Post a Comment