Friday 18 July 2014

Sayu, hijrah 6 beranak kembali ke Malaysia naiki pesawat #MH17 #prayformh17





Sayu, keluarga 6 beranak yang menaiki pesawat MH17 dikhuatiri turut maut dalam insiden pesawat terhempas itu.

Pasangan Ariza Ghazalee dan Tambi Jiee bersama 4 orang anaknya dikatakan kembali ke Malaysia setelah bermastautin di Kazakhstan selama lebih 2 tahun.


Gambar bagasi yang dimuatnaik oleh Ariza dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial.

"17 July 2014, starting our new hijrah, Alhamdulillah.... " - Tulis Ariza.

Mungkin sahaja Hijrah mereka sekeluarga ke Jannah... Aminnnn...

Adik kepada Ariza dalam komen gambar tersebut mengesahkan pemergian mereka




Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan setiap mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.- Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment