Perodua Axia Baru 2014 Malaysia : Sekali pandang semacam model kerera Rio latest edition. Hakikatnya, inilah dia beberapa keping gambar Perodua Axia baru 2014 yang merupakan model terbaru Perodua Malaysia sekaligus menggantikan Perodua Viva. Dan….
Berdasarkan sumber yang diperolehi pihak Berita Semasa dijangka Perodua Axia baru 2014 ini akan mula dibuka tempahan bagi pasaran Malaysia sekitar hujung tahun ini. Insyaallah. Bagaimana pula dengan harga Perodua Axia baru 2014? Adakah membebankan anda?
Harga Perodua Axia Baru 2014?
Jawapan ini terlalu subjektif bergantung kepada kempapuan kewangan anda sendiri tetapi Berita Semasa dimaklumkan harganya di bawah RM50,000. Di mana dijangka harga Perodua Axia 2014 antara RM30,000 sehingga Rm43,000.
Perodua Malaysia cukup dekat dengan model kereta keluaran Daihaisu. Banyak model Perodua “hasil inspirasi” model kereta Daihatsu dan akhirnya disalin kulit oleh pihak “Perodua Malaysia” untuk tujuan penjualan pasaran Malaysia. Ada di sini yang berminat?
Begitu juga dengan model kereta Perodua Axia Baru 2014 ini. Ia adalah model baru yang berasaskan model kereta Daihatsu Ayla / Daihatsu Alya Mira (JDM).
Harga Perodua Axia 2014 di Malaysia VS Perodua Ayla di Indonesia?
Di pasaran Indonesia contohnya sudah pun keluar. Namanya, Daihatsu Ayla juga yang sebenarnya ikut AFTA, import dari Indonesia lagi murah dan menggunakan terus jenama Jepun. Tetapi disebabkan untuk menjaga …………………..di Malaysia & Perodua. Ehem…..
Kepada peminat model kereta Perodua yang acapkali ternanti-nanti “buah tangan terbaru” dan model baru Perodua Malaysia termasuk kepada yang minat jenis kereta Viva contohnya, bolehlah tunggu model baru Perodua Axia 2014 ini nanti. Apa komen balas dan review anda pula? Berminat?
No comments:
Post a Comment