Friday, 15 August 2014

10 CARA PUJUK PASANGAN YANG KUAT MERAJUK



kalau si gadis  merajuk , lagaknya memang comel tapi ramai juga lelaki yang sensitif mudah merajuk.

   pening juga kekasih mencari jalan untuk memujuk sebab ikut kata, lelaki lebih susah untuk      dipujuk.
   so dibawah ini adalah senarai untuk memujuk pasangan yang kuat merajuk macam saya
   hehehehe


BINCANG - cuba ambil tahu masalah dan menyakitkan hati si dia hingga merajuk hati. Biasanya pasangan tidak merajuk kalau tidak disakiti.



TEMPOH BERTENANG - berilah dia dan kamu tempoh bertenang. Bila kedua- duanya sudah kembali normal, bincang dengan baik.

ADIL - bila kekasih merajuk pasti hatinya tercalar. Berlaku adil padanya dengan memberi dia peluang meluahkan apa yang terpendam di dada agar hubungan kembali pulih.



HADIAH - walaupun hanya bunga atau coklat untuk memujuk, tak salah memberi tanda kita mengaku bersalah dan tanda berusaha memujuk.

MENGALAH - kadang-kala bila bertengkar si diamerajuk. tak salah kita mengalah mengaku kesilapan yang kita salah walaupun jauh dalam hati kita merasa dia yang bersalah.

TELEFON - bila pasangan merajuk, telefon dan hubungilah dia agar dia tahu dirinya dihargai. Ramai terutamanya lelaki bila pasangan merajuk mereka berdiam diri. kononnya mahu si dia bertenang.




AJAK MAKAN - kadang-kadang orang lapar ini mudah naik angin. apa kata anda ajak dia makan dulu. Mungkin lepas makan mereka akan mudah dipujuk.

PELUK ERAT - bila suami atau isteri merajuk, peluk mereka erat-erat. Cara ini dapat menyakinkan bahawa dialah satunya insan kesayangan hati, tiada yang lain. tapi yang tak nikah lagi, jangan peluk-peluk.




YAKINKAN - perlakuan dan tindakan yang tidak menyakinkan kadang-kala membuatkan si dia merajuk hati.  dalam setiap tindakan , lakukan dengan yakin dan barulah dia pun yakin dirnya disayangi.

 TULIS SURAT -  usahakan menulis surat , mesej atau menghantar email kepadanya memujuk dan meminta maaf jika bersalah. mungkin dia tidak mahu bertemu atau berkomunikasi dengan telefon,  jadinya cara ini adalah terbaik bagi meleraikan kekusutan yang terjadi.



No comments:

Post a Comment