Memang peminat suka melihat pasangan kekasih atau suami isteri selebriti menyambut Aidilfitri bersama dan antaranya ialah pasangan Nelydia Senrose dan Qi Razali.
Apa kata anda? Bagi mereka, ianya melebihi batas pasangan kekasih.
Namun, apabila Nelydia memuat naik sekeping foto dia dan kekasihnya Qi di laman Instagram miliknya, ianya mendapat kecaman negatif kerana rata-ratanya berpendapat pasangan ini tidak ada hak untuk bergambar mesra di pagi Syawal memandangkan mereka masih belum sah sebagai suami isteri.
Gambar yang masih ada di akaun Instagram milik Nelydia itu telah menarik para peminat yang mengikuti laman Instagram Nelydia dan menunjukkan perdebatan masing-masing.
Kami rasa selagi mereka tidak sibuk bersalaman sampai Nelydia melutut dan mencium tangan Qi seperti seorang isteri, tidak mengapalah kalau mahu beraya bersama. Tapi, siapalah kami untuk menilai. Anda sendiri, bagaimana?
No comments:
Post a Comment